Make your own free website on Tripod.com

<<    PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS     >>


 


Tujuan: Meningkatkan prestasi pertolongan cemas dan semangat bekerjasama di
             antara para peserta.
Tarikh : a) Ujian Teori  (16 Disember 1999)
             b) Ujian Lisan dan Praktikal  (17 Disember 1999)
             c) Ujian Berpasukan (Teamtest)  (17 Disember 1999)
Masa Pendaftaran : a) Ujian Teori  (9.30p.m.)
                                b) Ujian Lisan dan Praktikal  (11.30a.m.)
                                c) Ujian Berpasukan (Teamtest)  (11.30a.m.)
Masa Pertandingan: a) Ujian Teori  (10.00p.m.)
                                 b) Ujian Lisan dan Praktikal  (12.00p.m.)
                                 c) Ujian Berpasukan  (Teamtest)  (12.30p.m.)
Tempat Pendaftaran: Head Quater
Tampat Pertandingan: Blok E
Bilangan Peserta : 6 orang -Pemimpin(1 orang)
                                             Ahli (4 orang)
                                             Ahli Simpanan (1 orang)
Wang Pendaftaran : RM5.00
 


SYARAT-SYARAT UJIAN BERTULIS


 






1. Para peserta diwajibkan memakai unifom lengkap semasa menyertai pertandingan.
2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada 5 orang peserta.
3. Semua peserta daripada setiap pasukan mesti menduduki ujian ini kecuali ahli simpanan.
4. Masa yang diperuntukkan untuk ujian teori ialah 60 minit.
5. Sesiapa yang didapati meniru dalam ujian ini akan dibatalkan kelayakan pasukan yang diwakilinya secara serta merta untuk menyertai pertandingan yang seterusnya.
6. Semua jawapan mesti dalam Bahasa Melayu.
 
 


SYARAT-SYARAT UJIAN LISAN DAN PRAKTIKAL


 






1. Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam semasa menyertai pertandingan.
2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada 5 orang peserta.
3. Semua ahli daripada setiap pasukan mesti menduduki ujian ini kecuali ahli simpanan.
4. Ujian ini akan dijalankan sebelum Ujian Berpasukan(Team Test).
5. Dalam Ujian Lisan, peserta dikehendaki menjawab setiap soalan yang akan ditanyakan oleh hakim dalam tempoh masa satu minit.
6. Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan, kelogikan dan penjelasan.
7. Bagi ujian praktikal, markah akan diberikan berdasarkan ketepatan, kekemasan dan masa yang diambil untuk suatu balutan atau ikatan.
8. Semua jawapan lisan mesti dalam Bahasa Melayu.
9. Keputusan hakim adalah muktamad.
 
 






SYARAT-SYARAT UJIAN BERPASUKAN  (TEAMTEST)


 






1. Semua peserta diwajibkan memakai unifom lengkap semasa menyertai pertandingan.
2. Setiap kumpulan mesti terdiri daripada 5 orang peserta.
3. Semua ahli dari setiap pasukan mesti menduduki ujian ini kecuali seorang ahli simpanan.
4. Peti pertolongan cemas mesti dibawa ke Head Quater untuk diperiksa semasa
      pendaftaran dijalankan.
5. Setiap pasukan mesti membawa sekurang-kurangnya dua peti pertolongan cemas yang mengandungi bahan-bahan seperti berikut :-
 

 Bahan-bahan Bilangan
 1. Gulungan Kapas (2 oz bungkus) 1 bungkus
 2. Pembalut Gulungan (3”x 6 ela) 4 gulungan
 3. Pembalut Gulungan (2”x 6 ela) 4 gulungan
 4. Pembalut Gulungan (1”x 6 ela) 4 gulungan
 5. Elastoplast (1”x 3 ela) 1 gulung
 6. Gunting 1 bilah
 7. Anduh Tiga Segi 5 helai
 8.  Kain Kasa (Sterile Gauze) 2 bungkus
 9. Ubat Eusol (Eusol Solution) 2 oz
10. Pin Penyemat 12 bilah
11. Buku Nota 1 buku
12. Pensil atau Pen 1 batang
13. Mouth Piece (2 hala) 1 batang
14. Sarung Tangan Getah 2 pasang

6. Pihak penganjur tidak akan membekalkan peti pertolongan cemas kapada pasukan yang
bertanding. Pasukan yang tidak membawa peti pertolongan cemas akan tersingkir daripada pertandingan.
7. Setiap pasukan mempunyai 20 minit untuk menyiapkan tugas masing-masing.
8. Hanya satu pengusung sahaja akan disediakan oleh pihak penganjur.
9. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas,akan dibatalkan kelayakannya.
10. Keputusan hakim adalah muktamad. Segala aduan tidak akan dilayan.
 
 







<<    PERTANDINGAN HALANGAN KOMANDO       >>


 










Tujuan : Meningkatkan ketahanan fizikal dan kecekapan para peserta serta memupuk
                 semangat bekerjasama antara para peserta.
Tarikh :  17 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 3.30p.m.
Masa Pertandingan : 4.00p.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Tempat pertandingan : Sekitar kawasan sekolah SMJK Kerian
Bilangan Peserta : 6 orang
Wang Pendaftaran : RM 5.00


 
 
 
 
 

<<      PERTANDINGAN  KAWAT KAKI     >>


 











Tujuan : Meningkatkan kemahiran berkawat dan memupuk semangat bekerjasama antara para
               peserta.
Tarikh :  18 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 8.00a.m.
Masa Pertandingan : 8.30a.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quater
Tempat Pertandingan : Gelanggang bola keranjang sekolah.
Bilangan Peserta: 10 orang - Komander (1 orang)
                                               Ahli (9 orang)
 


 
 
 

<<     PERTANDINGAN  MASAKAN TRADISIONAL       >>


 











Tujuan : Meningkatkan kemahiran memasak dan memupuk semangat berkerjasama di
               Kalangan para peserta.
Tarikh: 18 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 12.30p.m.
Masa Pertandingan : 1.00p.m.
Tempat  Pertandingan : Tempat letak basikal blok C
Bilangan Peserta : 4 orang
Wang Pendaftaran :RM5.00
 
 

<<       PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK       >>










Tajuk : 3RD PBSM Day and The Glorious Night
Tujuan : Meningkatkan kreativiti dan kerjasama para peserta.
Tarikh :17 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 8.00p.m.
Masa Pertandingan: 8.30p.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Tempat Pertandingan : Dewan Sekolah (Blok E)
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 5.00
 
 
 


 
 
 
 
 

<<      PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN       >>


 










Tujuan : Meningkatkan kebolehan kreativiti dan inovasi para peserta.
Tarikh :18 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 12.30p.m.
Masa Pertandingan : 1.00p.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Tempat Pertandingan : Tempat letak basikal blok A
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 5.00
 
 


 
 
 
 

<<      PERSEMBAHAN NYANYIAN       >>


 










Tujuan : Memupuk semangat bekerjasama antara para peserta serta meningkatkan bakat
               para peserta  dalam persembahan nyanyian.
Tarikh : 18 Diesember 1999
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Masa Pendaftaran : 6.00-7.00p.m.
Masa Pertandingan : Semasa “The Glorious Night Night” dilangsungkan.
Tempat Pertandingan : Pentas “The Glorious Night”
Wang Pendaftaran : RM 5.00 (termasuk semua persembahan bakat)
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 

<<      PERSEMBAHAN TARIAN       >>


 






Tujuan : Memupuk semangat bekerjasama antara peserta dan meningkatkan bakat para peserta
               dalam persembahan tarian.
Tarikh : 18 Disember 1999
Tempat Pendaftaran : Head Quater
Masa Pendaftaran : 6.00-7.00 p.m.
Masa Pertandingan : Semasa “The Glorious Night” dilangsungkan.
Tempat Pertandingan : Pentas “The Glorious Night”.
Wang Pendaftaran : RM 5.00 (termasuk semua persembahan bakat)
 
 


<<       PERSEMBAHAN LAKONAN       >>


 








Tujuan : Memupuk semangat bekerjasama antara peserta dan meningkatkan bakat para peserta
              dalam persembahan lakonan.
Tarikh : 18 Disember 1999
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Masa Pendaftaran : 7.00-8.00p.m.
Masa Pertandingan : Semasa “The Glorious Night” dilangsungkan.
Tempat Pertandingan : Pentas “The Glorious Night”.
Wang Pendaftaran : RM 5.00 (termasuk semua persembahan bakat)
 
 
 


 
 
 

<<       PERTANDINGAN MASQUERADE COSTUME        >>

Tujuan : Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi para peserta dalam rekaan fesyen.
Tarikh : 18 Disember 1999
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Masa Pendaftaran : 6.00-7.00 p.m.
Masa Pertandingan : Semasa “The Glorious Night” dilangsungkan
Tempat Pertandingan : Pentas “The Glorious Night”.
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 3.00
 
 
 

<<          SISTEM PERMARKAHAN PIALA           >>
 
 
 
 
 
 

PIALA KEHADIRAN TERBAIK
 
1. Mempunyai peserta dan penyokong yang terbanyak di kalangan pasukan yang menghadiri
      “The Glorious Night”.
2. Mempunyai disiplin peserta yang amat baik dan bekerjasama.
 

PIALA PENYOKONG TERBAIK

1. Penilaian adalah berdasarkan kekuatan sorakan dan tepukan yang bersistem.
2. Markah akan diberikan berdasarkan kerjasama dan semangat para peserta.
3. Kelakuan dan disiplin para peserta semasa berada di kawasan sekolah pihak penganjur juga akan diambil kira.
4. Tidak melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5. Markah akan diberi sekiranya peserta menggunakan alat-alat seperti ‘bendera’, ‘kipas’ dan sebagainya.
6. Alat yang digunakan mestilah tidak boleh mengeluarkan bunyi.Contoh:- wisel.
7. Para peserta tidak dibenarkan menyalakan api dan lilin di tapak “The Glorious Night”.
 

PIALA “THE BEST GLORIOUS NIGHT”

1. Peserta mesti mengambil bahagian dalam semua pertandingan pada malam “The Glorious
Night”.
2. Markah akan dikira dengan menjumlahkan semua bahagian yang disertai dan sorakan
yang bersistematik sepanjang malam itu.
3. Kelakuan dan disiplin para peserta sepanjang malam itu juga akan diambil kira.
 

PIALA JOHAN KESELURUHAN

1. Bagi memenangi piala johan keseluruhan, para peserta mesti menyertai sekurang-kurangnya 6 pertandingan.(termasuk pertandingan ‘The Glorious Night’)
2.  Markah akan dikira dengan menjumlahkan markah 6 pertandingan yang tertinggi, markah disiplin, dan markah sokongan.
3. Peserta tidak boleh melanggar mana-mana satu peraturan yang ditetapkan.
 
 
 
 
 

FEED BACK!!



Created & Design
by
CHOON Design Studio 1999 ®