<img SRC="opening.gif" BORDER=0 height=100 width=550>
PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK

Tajuk : 3RD PBSM Day and The Glorious Night
Tujuan : Meningkatkan kreativiti dan kerjasama para peserta.
Tarikh :17 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 8.00p.m.
Masa Pertandingan: 8.30p.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Tempat Pertandingan : Dewan Sekolah (Blok E)
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 5.00
 
 
 

     1. Setiap penyertaan mesti disertai oleh 3 orang peserta.
     2. Hasil rekaan mesti mengikut tajuk dan mempunyai perkataan “3RD PBSM Day and The Glorious Night” dan “The Narrative
     Of Baroque Alcazar”.
     3. Hasil rekaan mesti dilukis di atas kain putih atau hitam yang kosong dan berukuran 150cm x  70cm yang disediakan oleh
         peserta sendiri.
     4. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap semasa pertandingan dijalankan.
     5. Hanya seorang daripada kumpulan peserta dibenarkan memberi penerangan.
     6. Semua alat lukis disediakan oleh peserta sendiri.
     7. Penggunaan warna adalah bebas.
     8. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini ialah 2 ½  jam.
     9. Peserta mesti tidak melebihi 18 tahun .
     10. Hasil rekaan peserta mestilah jelas, menepati tajuk dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif.
     11. Peserta tidak dibenarkan mengambil contoh, lakaran atau buku rujukan masuk ke tapak pertandingan.
     12. Suatu pemeriksaan alatan akan dibuat sebelum peserta masuk ke tapak pertandingan.
     13. Para peserta dilarang meninggalkan tapak pertandingan melainkan mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
     14. Para peserta dilarang berhubung dengan orang luar atau mendapat bantuan daripada orang yang tidak berkenaan dengan
          pertandingan ini.
     15. Hasil rekaan adalah hak milik pihak penganjur selepas pertandingan.
     16. Keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Segala aduan tidak akan dilayan.

    Sistem Permarkahan :-
     Maksud dan Struktur Rekaan 30%
     Kreativiti 25%
     Kerjasama 20%
     Kekemasan 15%
     Penerangan 10%
     Jumlah Markah 100%
FEED BACK~~PERTANDINGAN  MASAKAN TRADISIONAL