PERTANDINGAN MASQUERADE COSTUME

Tujuan : Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi para peserta dalam rekaan fesyen.
Tarikh : 18 Disember 1999
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Masa Pendaftaran : 6.00-7.00 p.m.
Masa Pertandingan : Semasa “The Glorious Night” dilangsungkan
Tempat Pertandingan : Pentas “The Glorious Night”.
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 3.00
 

     1. Setiap pasukan hanya boleh menghantar 3 orang peserta untuk pertandingan ini.Seorang peserta mempersembahkan
     gubahan pakaian ,seorang sebagai pembantu dan seorang lagi membuat penerangan terhadap rekaan itu.
     2. Semua rekaan mesti menepati tajuk “The Glorious Night,” iaitu “The Narrative Of  Baroque Alcazar”.
     3. Penghakiman dibuat berdasarkan nombor penyertaan sahaja.
     4. Penerang  rekaan mesti menerangkan maksud dan kegunaan rekaannya.
     5. Sebarang bahan hiasan perlu disediakan oleh para peserta sendiri.
     6. Gubahan pakaian yang direka tidak boleh menjolok mata.
     7. Pakaian, muzik dan barang-barang perhiasan perlu disediakan oleh para peserta sendiri.
     8. Kaset muzik perlu dihantar kepada pihak penganjur sebelum “The Glorious Night” dilangsungkan.
     9. Masa yang diperuntukkan untuk membuat persembahan dan penerangan adalah 5 minit.
     10. Segala keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Segala aduan tidak akan dilayan.
     Sistem Pemarkahan :-
     Kreativiti 40%
     Gaya Persembahan 20%
     Maksud Pakaian 15%
     Penerangan 15%
     Solekan 10%
     Jumlah Markah 100%
FEED BACK~~PERSEMBAHAN LAKONAN