Make your own free website on Tripod.com
 


 
 
 
 

PERTANDINGAN  MASAKAN TRADISIONAL






Tujuan : Meningkatkan kemahiran memasak dan memupuk semangat berkerjasama di
               Kalangan para peserta.
Tarikh: 18 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 12.30p.m.
Masa Pertandingan : 1.00p.m.
Tempat  Pertandingan : Tempat letak basikal blok C
Bilangan Peserta : 4 orang
Wang Pendaftaran :RM5.00
 
 

     1. Setiap pasukan diwajib memakai uniform lengkap semasa pertandingan dijalankan.
     2. Setiap peserta diwajibkan memakai apron semasa pertandingan dijalankan.
     3. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya 5 hidangan. 5 hidangan itu mestilah terdiri daripada satu
     pencuci mulut(buah-buahan dll).
     4. Hidangan yang disediakan mestilah mempunyai citarasa tradisional, budaya dan negara. Antaranya termasuklah masakan
     tradisional Itali, Malaysia, India, China dan lain-lain.
     5. Setiap kumpulan mesti menyediakan hidangan makan malam untuk 5 orang. Makanan yang disediakan oleh setiap
     pasukan mesti ditanggung halal.
     6. Hidangan tambahan akan diberi markah bonus.
     7. Bahan api mestilah terdiri daripada kayu api dan mancis yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. Bahan lain seperti
     kertas, minyak tanah, bekalan elektrik, pemetik api, gas dan sebagainya tidak dibenarkan.
     8. Segala alat keperluan dan bahan untuk hiasan perlu disediakan oleh para peserta sendiri.
     9. Semua alatan tidak disediakan,pihak penganjur hanya menyediakan kayu api, 5 batang mancis, 2 dapur ( tempat
     memasak ) dan 1 baldi .Markah akan ditolak dengan setiap tambahan mancis.
     10. Peti sejuk akan disediakan untuk para peserta.Tetapi para peserta dikehendaki memberitahu pihak penganjur
     sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan.
     11. Satu pemeriksaan bahan akan dibuat sebelum pertandingan.
     12. Setiap kumpulan mesti menyediakan kad menu dan resipinya.
     13. Masa 3 jam diperuntukkan kepada para peserta untuk memasak, menghias, menghidangkan makanan dan
     membersihkan kawasan pertandingan masing-masing.
     14.  Keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Segala aduan tidak akan dilayan.
     Sistem Permarkahan:-

     Kelazatan Makanan 35%
     Kecantikan dan Hiasan 25%
     Kebersihan 15%
     Disiplin dan Kerjasama 15%
     Bonus 10%
     Jumlah Markah 100%
 

FEED BACK~~PERTANDINGAN  KAWAT KAKI