PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH-BUAHAN





Tujuan : Meningkatkan kebolehan kreativiti dan inovasi para peserta.
Tarikh :18 Disember 1999
Masa Pendaftaran : 12.30p.m.
Masa Pertandingan : 1.00p.m.
Tempat Pendaftaran : Head Quarter
Tempat Pertandingan : Tempat letak basikal blok A
Bilangan Peserta : 3 orang
Wang Pendaftaran : RM 5.00
 
 

     1. Setiap penyertaan mesti disertai oleh 3 orang peserta.
     2. Setiap peserta diwajib memakai uniform lengkap dan apron semasa pertandingan dijalankan. Keseragaman dan
     kekemasan diutamakan.
     3. Gubahan yang dihasilkan bolehlah  dengan cara menyusun atau membentuk buah-buahan dalam satu corak atau model
     yang menawan.

     4. Alat sampingan seperti bakul atau pinggan boleh dibawa masuk  oleh para peserta.
     5. Para peserta dikehendaki membuat satu menu ringkas terhadap hasil kerja para peserta.
     6. Setiap hasil kerja mesti mempunyai maksud-maksud yang tersirat dan tersurat.
     7. Peralatan seperti pisau, pinggan mangkuk dan lain-lain disediakan oleh para peserta. Bahan mentah seperti buah-buahan
     juga disediakan oleh para peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan menyediakan peralatan untuk mana-mana pihak.
     8. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini ialah 2 ½ jam. Masa ini juga meliputi kerja mngemaskan tapak
     pertandingan.
     9. Setiap pasukan wajib menghantar seorang wakil untuk membuat penarangan terhadap gubahan yang dihasilkan.
     10. Para peserta tidak dibenarkan berhubung dengan orang yang tidak terlibat dalam pertandingan.
     11. Para peserta tidak dibenarkan  meninggalkan tapak pertandingan melainkan mendapat keizinan daripada penganjur
     12. Keputusan pihak pengadil adalah muktamad. Segala aduan tidak akan dilayan.
     Sistem permarkahan :-
     Kreativiti 30%
     Kecantikan 25%
     Stuktur & maksud gubahan 20%
     Kerjasama 15%
     Penerangan 10%
     Jumlah Markah 100%

FEED BACK~~PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK